kebanyakan orang kite memang macam tu
macam tu macam mane?
kurang dorongan / motivasi untuk menjadi yang lebih baik.
mereka cenderung atau lebih senang berada dalam zon selesa di mana mereka sudah tidak perlu lagi berusaha untuk menjadi lebih baik.
sedarkah anda, bahawasanya iri hati, hasad dengki, cemburu itu penting untuk berjaya dan terus menjadi orang nombor satu di kalangan nombor-nombor yang lain?
sedarkah anda, dengan menjadi seorang yang memandang menggunakan dua belah mata dan 1 akal akan membawa kepada penyelesaian masalah yang anda hadapi?
sedarkah anda, anda membayar beratus-ratus ringgit, habis beribu-ribu ringgit untuk pergi ke kem motivasi dan anda masih di takuk yang lame kerana anda takut untuk berubah?
sedarkah anda, anda membazir setiap detik dan masa memikirkan kenapa ini berlaku kepadaku, kenapa aku dipersalahkan, kenapa aku dipilih instead of memikirkan how to solve the problem? how to change it? how to build/create new me?
duit yang banyak belum tentu menjamin kebahagiaan.
duit yang banyak dan tidak diselenggara dengan betul belum tentu menjamin kekayaan.
duit yang banyak dan disalurkan ke arah perkara yang tidak berfaedah hanya akan memudaratkan anda suatu hari nanti?
sedar atau tidak sedar?
mahu atau tidak mahu untuk berubah?
nak atau tak nak untuk menjadi yang lebih baik?
fikir, jawab dan semat jawapan dalam diri anda.
kerana tiada orang boleh mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri.
u want it, u must work for it.
work smarter will make u stronger.
work harder will make u easy to fall sick. =)
No comments:
Post a Comment