Wednesday, January 18, 2012

ni bukan mengeluh. ni soalan khas okeh.

hai hallu, hello, morning, afternoon, evening, dan seangkatan dengannya..

ni saya nak tanya..
saya ade masalah problem neh.
kusut haih saya dok pikiaq-pikiaq.. dok jenuh pikiaq, saya pikir pulak..
pon sama.. saya tak jumpa2 lagi solution untuk masalah ni.
almaklumlah. saya ni nak kata terer tak terer mane jgk.
nak kate tak terer, terer la jugak sikit2..
walau ape2 pon, saya nak tanye readers kot2 lah ade solution pasal masalah saya..

masalah: cara nak mengajar SEJARAH TING. 4
jenis sekolah: lelaki sahaja. (melayu, cina, india)
jenis aliran: akaun
background PMR: rata2 mendapat C/D dalam sejarah..

disebabkan saya option Pendidikan Teknik Vokasional,  saya agak kurang berkebolehan untuk mengajar subjek membaca.. oleh itu saya menggunakan pendekatan buat latihan secara tegar(banyak).
dalam seminggu, saya diperuntukkan 120min seminggu (40min setiap hari).. 
dalam masa 80min yang pertama, saya akan menggembleng segenap usaha untuk menerangkan subtopik2 yang berkaitan..
manakala 40min yang kedua, saya lebih cenderung untuk memberi peluang untuk pelajar menunjukkan skill2 pembacaan mereka.. ala dipendekkan cerita, saya bagi latih tubi la..

malangnya, saya melihat daripada 31 orang pelajar dalam kelas saya..
1orang sanggup tak datang sekolah...
1orang sanggup telefon kakak cakap sakit perot dan pulang sebelum masa Sejarah..
15-18 orang boleh menjawab tapi belum tentu betul jawapannye.. at least they were trying..
balance pelajar yang lain cenderung untuk memberi alasan "saya tak faham cikgu", "saya tak tau buat la cikgu", "susahlah cikgu".. 
sedangkan mereka dibekalkan nota ringkas oleh saya..
saya cuma melarang mereka merujuk buku teks.. 

jadi oleh yang demikian, saya mau bertanya..
kalo ade ape2 suggestion untuk menceriakan pelajar semasa sesi P&P Sejarah dijalankan instead of saya bercerita dan memberi latihan, ade tak cara lain yang boleh dilakukan dalam masa 40min itu?

=) sharing is caring amat digalakkan.. 

2 comments:

Cik Epal said...

#buat slide ^^
#group - buat peta minda

Unknown said...

2nd idea lebih sesuai ngan skolah aku..
thanks cik wahidah.. ngeee~