Showing posts with label My School. Show all posts
Showing posts with label My School. Show all posts

Friday, January 20, 2012

hormat pelajar supaya mereka tau hormat guru..

setiap kali pertama aku masuk ke kelas baru di tahun baru, 
aku ambik inisiatif untuk memperkenalkan siapa aku.. 
di mana aku belajar, berapa keputusan aku dapat, 
telling them who am i so that, there no doubts that they create behind my back..

the next aspect i told my students adalah nilai hormat antara satu sama lain..
di mana ayat cliche yang biasa aku gunakan ialah ...
"saya hormat awak sebagai seorang pelajar, tolong hormat saya sebagai seorang guru"
"kalo awak layan saya macam seorang patung, saya akan layan awak macam invisible person"

mudah, ringkas, diulang2 banyak kali supaya pelajar tau di kala mana mereka boleh bergurau,
ketika mane mereka boleh bertanya, ketika mana mereka boleh bertukar2 idea..
aku mengajar pelajar lelaki, cara percakapan, cara pengajaran pon kadang2 kasar.. kadang2 lembut..
ikut situasi..

pendek kata, hormatlah pelajar supaya mereka tau cara untuk hormat guru..
masuk ke kelas dan marah2, it was useless for me..
sebab objektif pengajaran tak kan tercapai..
i used to be student. i used to be naughty student. i used to be the best among the best student.
i wanna make my students be more better than myself.
the ideology must be transferred if it is positive and good for new generations..

p/s: senyumlah walaupon marah.. students yang nakal pon boleh dengar cakap kalo cikgu bertegas pada tempatnya.. =)

Wednesday, January 18, 2012

ni bukan mengeluh. ni soalan khas okeh.

hai hallu, hello, morning, afternoon, evening, dan seangkatan dengannya..

ni saya nak tanya..
saya ade masalah problem neh.
kusut haih saya dok pikiaq-pikiaq.. dok jenuh pikiaq, saya pikir pulak..
pon sama.. saya tak jumpa2 lagi solution untuk masalah ni.
almaklumlah. saya ni nak kata terer tak terer mane jgk.
nak kate tak terer, terer la jugak sikit2..
walau ape2 pon, saya nak tanye readers kot2 lah ade solution pasal masalah saya..

masalah: cara nak mengajar SEJARAH TING. 4
jenis sekolah: lelaki sahaja. (melayu, cina, india)
jenis aliran: akaun
background PMR: rata2 mendapat C/D dalam sejarah..

disebabkan saya option Pendidikan Teknik Vokasional,  saya agak kurang berkebolehan untuk mengajar subjek membaca.. oleh itu saya menggunakan pendekatan buat latihan secara tegar(banyak).
dalam seminggu, saya diperuntukkan 120min seminggu (40min setiap hari).. 
dalam masa 80min yang pertama, saya akan menggembleng segenap usaha untuk menerangkan subtopik2 yang berkaitan..
manakala 40min yang kedua, saya lebih cenderung untuk memberi peluang untuk pelajar menunjukkan skill2 pembacaan mereka.. ala dipendekkan cerita, saya bagi latih tubi la..

malangnya, saya melihat daripada 31 orang pelajar dalam kelas saya..
1orang sanggup tak datang sekolah...
1orang sanggup telefon kakak cakap sakit perot dan pulang sebelum masa Sejarah..
15-18 orang boleh menjawab tapi belum tentu betul jawapannye.. at least they were trying..
balance pelajar yang lain cenderung untuk memberi alasan "saya tak faham cikgu", "saya tak tau buat la cikgu", "susahlah cikgu".. 
sedangkan mereka dibekalkan nota ringkas oleh saya..
saya cuma melarang mereka merujuk buku teks.. 

jadi oleh yang demikian, saya mau bertanya..
kalo ade ape2 suggestion untuk menceriakan pelajar semasa sesi P&P Sejarah dijalankan instead of saya bercerita dan memberi latihan, ade tak cara lain yang boleh dilakukan dalam masa 40min itu?

=) sharing is caring amat digalakkan.. 

Wednesday, September 14, 2011

hari khamis yang dinanti2kan..

ye, aku tau hari ni baru hari rabu 14 September 2011..
kesahnye aku dah nak update cite pasal hari esok kan..
tapi peduliklah.. sebab nak bagitau esok aku tak yah masuk kelas..
since esok budak-budak form 3 have to attend seminar teknik menjawab soalan kalo tak silap aku..
fuhhhhhh~ lega..
eceh.. lega la sangat.. padahal nanti mulalah terkejar2 nak habiskan revision..
uhuk2..

hari ni masuk kelas 3G untuk subjek Sejarah, kelas 4AK 1 untuk subjek Pendidikan Moral dan 3D untuk subjek Kemahiran Hidup

Revision bersama 3G
sebelum ni, keje aku masuk kelas depa tak sah kalo tak mendenda students yang cakap banyak keje tak buat, students yang dok berjalan sane sini, students yang buat2 tido..
paling tidak, diorang kene cubit ataupon kene berdiri di luar kelas sepanjang masa aku..
tapi mulai hari ini, aku guna pendekatan yang berlainan..
lain camne? sebab ape laen? sebabnye diorang ade 20hari je untuk hadapi Peperiksaan Menengah Rendah..
takkan lah aku nak marah-marah, nak pressure2 diorang lagi..
dahlah diorang sedar diorang tak pandai, malas pulak tu.. pastu bile datang sekolah je kene marah, cikgu masuk je marah diorang.. kalo aku jadi student pon aku hangat beb.. 
hangat!! 
so, hari ni aku guna pendekatan berlembut dengan diorang..
alhamdulillah.. dalam seramai-ramai plus minus 24 orang mcam tu lah, hanya ada 8 orang yang refuse nak dengar atau nak take note ape yang aku ajar..
tanpa perlu aku meninggikan suara, tanpa aku perlu denda mendenda, tanpa aku perlu mencubit, diorang ni boleh je dengar cakap aku..
aku harap mood macam ni akan kekal sampai diorang exam..

Kelas Pendidikan Moral bersama 4AK1
woh, kelas ni.. sakit telinga aku tau tak..
nama jek semua students lelaki..
tapi mulut sesorang.. menyalahkan perempuan..
dok pot pet pot pet kemaen...
pastu siap pakat ramai-ramai taknak siapkan tugasan aku bagi hari Isnin haritu..
amboih-amboih-amboih angpa.. kemaen lagi nooo.
disebabkan mood aku baek, aku bagi peluang untuk depa antar tugasan tu esok..
kelas depa ada 19 orang.. aku nak 19-19 tu jugak antar..
kalo tak cukup, semua orang kena..
gasak ko lah.. ko nak ponteng esok ka, tak gi sekolah esok ka..
aku nak tugasan tu ada atas meja aku. full stop!

Revision bersama 3D
kelas yang paling mengecewakan aku.. aku rasa aku tak dapat nak mendekati diorang..
diorang pon cam refuse nak terima aku..
since kelas revision ni dihandle oleh dua orang guru.. aku dan Cikgu Chew..
Cikgu Chew lah yang banyak handle sebab aku kan cikgu baru. 
Cikgu Chew ni lagi tegas dari aku.. pendekatan dia laen, pendekatan aku laen..
ditambah pulak dengan budak-budak yang berlagak pandai ni payah lah weh..
depa ingat markah kerja folio depa dah mencukupi untuk lulus subjek ni..
hadoooyaiiii...
subjek yang senang nak dapat A pon, depa tak mau usaha sikit..
dok maen berserah-berserah-berserah..
lol~

ape2 pon, aku puas hati dengan pencapaian 3G yang menunjukkan perubahan dari hari ke hari..
semoga depa dapat mengaplikasikan segala apa yang aku ajar dalam kelas depa. amin..





Friday, September 9, 2011

takde mood nak mengajar minggu ni

tak tau la nak cakap..
sepatutnye kalo dah naek cuti, haruslah bersemangat waja kan?
tapi, aku rase cam malas gilosss..
ditambah-tambah kemalasan bile dapat tau nak kene cerap by ketua bidang before 25 Oktober 2011..
sebabnya aku tak tau nak pilih kelas mane..
semua kelas yang aku ajar, satu kelas saje yang boleh diharapkan..
tu pon subjek Pendidikan Moral..
aiseyyman..
amende nak buat ni time pencerapan.. tak cerap, tak boleh ke?
huuuuuuu~


pastu dan-dan jugaklah kelas yang aku ajar sejarah.. kelas 3G, kelas kedua belakang lah yang ni..
aku rase macam aku tak pernah cite lagi kot pasal kelas 3G ni..
kelas kedua dari belakang ni.. aku amek daripada Cikgu Lam.
hari first day masuk, aku dah tunjuk tanda kekentalan aku dengan melempar duster ke arah pelajar yang tidak hormat/bising/ tidur semasa aku mengajar.
disebabkan sekarang adalah musim ulangkaji, setiap kali aku masuk kelas, setiap  kali tu lah satu set soalan akan dibuat oleh students (which is mereka ting tong tiang (maen tanda tanpa bace soalan) saje) dan akan dibincang/diberi jawapan oleh aku..


masa kelas hari isnin haritu, aku sangatlah mengantok, sleepy gilos..
sampai aku tak larat nak bercakap..
maka aku salin jawapan kat papan putih, then aku duduk memerhati..
kelas yang selame ni bising kalo aku bercakap, dia nak bercakap boleh pulak senyap time aku senyap..
takdelah senyap sunyi pon, tapi keadaan menjadi kurang bising lah..
alhamdulillah, aku suke lah keadaan aman damai permai camtu..


tapi....
tapi..
tapi..
amboih2....
masuk kelas depa semalam.. memang buat aku hangat ke maen lah..
kelas sejarah adelah pada period kedua.. which mean around 8.10-8.50 lah..
sebelum aku masuk, Cikgu Farah masuk mengajar Geografi..
diorang boleh taram tido sesuka hati depa ja..
mane aku tak hangat..
boleh pulak mase aku mengajar, diorang buat selebet nak tdo..
lagi la aku hangin..


aku suh bukak lampu, dia tutop...
aku suh bukak lampu, dia bising cakap nak tido..
wah-wah-wah... lebih2 dah ni..
ape lagi, aku suh diorang pi turun bawah.. aku mengajar kat atas bagi jawapan..
semua berdiri.. tu pon ade gak 2-3 orang yang bengong tak ikot arahan..
sampai soalan 50, aku suh diorang naek.. kang tak pasal-pasal pengetua tengok, aku pulak yang masak nanti sebab tak pakai psikologi time mengajar...
ah! pedulik ape aku.. janji budak aku bukak mata mase aku mengajar..


yang 2-3 orang kurang ajaq sangat tu, aku kasi cubit ngan membebel pedas jugak lah..
salah sorangnye mat blur, sumpah aku rase cam dia memang blur gile...
asal aku masuk je, dia tidur.. 
asal aku masuk je, dia cam tak bpe nak faham ape yang aku cakap..
bile aku rujuk guru kelas dia pon cakap menda yang sama..


adoyaiii... masaklah camni..
cuba cakap kat mane lagi aku nak cekau semangat kalo dah kene berdepan ngan pelajar-pelajar yang kurang memberi semangat kepada aku???
rindu nak mengajar form 6... sebab diorang jek datang sekolah nak belajar...
='(

Thursday, August 25, 2011

sekolah masih seperti biasa

walaupon agak mandom dengan isu hari isnin yang lepas, kehidupan masih perlu diteruskan..
kebetulan minggu ini minggu last sekolah before cuti penggal 2 menjelma..
minggu ni jugaklah yang sangat busy ngan meeting pentadbiran..

minggu ini jugaklah ade sambutan hari kemerdekaan(sungguh tidak faham ini).. padahal pekeliling cakap sebarang sambutan adelah selepas cuti sekolah.. ntah.. lantak.. aku layankan jek..

minggu ini jugaklah ade sambutan berbuka puasa bersama-sama dengan cikgu-cikgu sesi petang dan bebudak sekolah pagi dan petang.. sangat best! and totally awesome..
makanan pon sodap2 belaka..

minggu ini jugak semakin sengkek sebab dah dapat biskut raya kene ar bayar kan.. hohoho..
tak cukup dengan itu, sibuk gi beli kerepek pisang lagi.. hari ini pulak ade orang jual kek sodap menyelerakan.. slurppp2...

minggu ini jugak berusaha untuk dapatkan cendol sedap sampai ke titisan air kat Bazar Ramadan Kampung Melayu.. ye! aku adalah peminat tegar cendol.. sebab itu badan saya bam-bam-bam dan jantung saya penuh dengan kolestrol.. huuuu~

minggu ini jugaklah hati tak sabar mau pulang ke kampung kerana dulu family yang menunggu kepulangan.. tahun ini bertambah insan yang menanti kepulanganku.. heee~ =)

minggu ini walaupon sangat mencabar minda dan ketahanan fizikal, aku masih mampu survive..

Terima Kasih Tuhan. =)

Monday, August 22, 2011

Monday Blues

hi pupils!
how are you kids?
got enough sleep last night? well, your teacher here was so sleepy today, please took out your book and read by yourself.. duhhhh~

that's wasn't the real happened to me today..
but there were some other things happened and made me giving up with myself.
i tend to follow new timetable that given to me last Friday..
when it called Friday, so we fry all the information given into a pot and save it in the fridge to be cooled. and then in Monday, we will forget to open the fridge and leave it there and meanwhile we going to school with nothing... duhhhhhhh~

i'm sick with myself today because i entered the class without proper preparations..
ashamed with myself.
please make me better tomorrow... please deh... i'm begging u..

mOnday blues.. i hate youuuuuuu!

Saturday, August 20, 2011

perubahan jadual

yesterday was a hectic day for me..
got classes from 1st period sampailah period ke lima..
then some rumors spread in the atmosphere say that i got the new timetable...
which i need to teach lower form students..
only 1 lower form in morning session... form 3 lah ape lagi..
i dah start cuak-cuak lah...
since the PMR just around the corner.
its a month (plus minus) from now..

haiyoooo... who make this timetable arrangements is so stupido lol~
how could they ganggu jadual waktu form 3 and form 5..
siap tukar2 guru lagi..
lagikan aku yang mengajar form 6 sekarang ni pon, ade pelajar mengeluh sebab ade perubahan guru dan jadual waktu..
why they need to bazirkan masa untuk adapt persekitaran lama dengan guru baru sedangkan masa itu mereka boleh gunakan untuk mengulangkaji & memperkukuhkan pelajaran yang sedia ada.
siap ade students aku cakap dia nak buat surat aduan kat pengetua.. sebab slalu tukar2 cikgu..
form 6 students.. ko faham-faham je lah..
they already know their rights...
dah tak maen nak mengadu2 kat pihak bawahan.. terus ke pihak atasan terus..
wallahualam..

aku dah malas nak amek pot. bukannye aku tak sayang diorang..
tapi kalo aku stay mengajar pon,last2 kene tukar jugak..
since aku bukanlah Major in Economy..
so, baik aku lari awal-awal daripada aku upset di kemudian hari sebab kene turun mengajar lower form dari elok2 mengajar di upper form.. sigh~

but its not a big deal pon sebab...
sebab...
sebab...
yippie-yeah!!!! yippie double yeahhhh!!!

hahahaha..
i already got my subject lah..
since aku kan Major Pendidikan Teknik Vokasional..
so, kalo disuruh masuk mengajar Kemahiran Hidup..
aku rasa aku boleh conquer topik-topik dalam KH dalam waktu yang singkat.
yes! i am confident with myself..

dan bila dah masuk ke bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional kat skolah ni..
ade chances la untuk aku mengajar Lukisan Kejuruteraan jugak...
weeeehuuuu... ini lah sebenar2nya yang aku nak..
i want to be a master in Lukisan Kejuruteraan..
wink-wink...

walaupon aku agak cuak pada mulanya..
tapi dengan bantuan guru-guru senior..
merekalah yang banyak membantu aku nanti..
that's made me do not want to exchange to other school walaupon budak-budak macam samseng tak jadi tapi ukhwah yang erat antara guru-guru tak kira senior atau junior... tak kira bangsa Melayu, Cina atau India ini lah yang membuatkan aku keberatan untuk bertukar ke sekolah laen.. =)

so, for now.. pray for the best.
aku dapat jadual ajar Sejarah jugak..
hahaha..
naseb baek Sejarah.. boleh gak goreng2 kalo tak hengat..
mau dia suh aku ajar Sivik ke Geografi ke.. mampos tak reti aku..
=P

Saturday, August 13, 2011

tak perlu rasa insecure dengan diri sendiri

morning peeps..
as long as i have been here (in this school), i go through a variety of circumstances..
there will be always few new thing that i've learnt in a day.
every single week, i gain new knowledge. i get to know more and more habit of the other teacher, the other students.
now i am teaching economic which i dont even know single of things about it.
i am zero. at first, i was shocked when i was given this critical subject (i guess so).
why i say it was a critical subject?
because it is offered to form 6 students.
is it i am ready to teach the 18-years old girls and boys?
is it i am way to have enough time to go through all the subject on the dot before enter the class?
is it i have enough references to be refer?
who will be my guider then?
i was thinking i will not survive teaching this subject.
at first!

but now, after a month and a half, i currently fall in love with it.
it is not easy but it will be easier if u do the revision and make a lot of exercises.
what's important here are you have to change your mentality.
dont even say it harder before you never try it.
dont even bother to say you are not selected person to understand the whole story about economic. because those negatively thought will bring you down.

now, every time i entered the class. which is every school day from Monday-Friday, i got class with them. 6 BS 4 = the name of the class.
surrounded by every races : Malay 6, Indian 9, Dusunian 1, Bumiputera 1 and the rest is Chinese.
every time i entered the class, i will never leave class without saying that "You are capable to achieve greatness only and only if you TRY to achieve it".
every time i entered the class, i will never leave class without saying that "This subject is not difficult, you and yourself make it difficult. Change your mind, then u'll be survive"

i believe giving the motivation to other will made u better than yesterday.
so, why must you feel insecure with yourself right?
it is all about mind-setting..

Saturday, August 6, 2011

kenapa mintak posting kat penang??

sepanjang aku mengajar kat penang kire-kire macam dah sebulan lebih, ramai yang selalu dok tanye soalan-soalan macam:

1. orang penang ke?
jawapan : taklah. orang terengganu

2. eh? dah tu kenape mintak penang?
jawapan : akan diterangkan jap lagi..

3. why you chose penang? dont you know the living cost in penang island is higher than mainland?
jawapan : i love living in the city who crowded by people so that i dont feel like live alone by myself.. ;)

4. tinggal kat mane? ulang alik seberang ke?
jawapan: taklah.. sewa umah kat flat depan sekolah je..

5. munie dah ade kete? (soalan ni rase cam sucks jek! aku kan baru posting, mane nak cekau beli kete)
jawapan: belom.. (~~")

6. munie tak nak beli kete ke?
jawapan: mesti nak. tengok lah tahun depan ke. (sibuk je tau.. suke2 aku lah nak beli ke tak nak beli ke... sigh~)

7. tak takot ke dok umah sewa sorang2?
jawapan: ~speechless~ (dalam kubur pon sorang2 kan? hahaha... oke. jawab dalam hati jek)



balik semula ke soalan no 2. kenape aku pilih posting kat penang..
mase isi borang penempatan online, aku mintak penang 1st choice 2nd terengganu..
pastu aku tukar mintak wilayah persekutuan 1st choice 2nd terengganu..
malangnya bile aku check untuk gi interview.. sistem tak update pilihan yang aku dah kemaskini tuh..
maka, maintain lah pilihan aku penang no 1.

apa lah yang ade kat penang ni sampai aku sanggup gamble pilih penang as the 1st choice kan..
setakat ade komtar, bukit bendera, feringgi, jeruk kelubi best, rumah pramlee dan lain2..
ape yang aku maksudkan.. aku tak tau pon tempat2 yang aku sebut tuh before posting...

yang aku tau.. umah along aku kat teluk kumbar tu jek..
sebab dia mengajar kat sekolah rendah area teluk kumbar..
then, dengan harapan aku boleh duduk umah dia kalo dapat penang, aku pon gamble lah mintak penang..
yang kusangkakan panas sampai ke penang, mendung redup2 angin sepoi2 bahasa di tengahari.. along aku cakap dia dah boleh pindah kuarters TUDM kat tanah besar..
;( aku dah mula cuak.. kalo aku dapat penang camne kan?

eh melalut pulak..
jadi the main reason why i chose penang was because of my sister and her family stay there.
aku dah serik tinggal berjauhan dengan family dekat 6 tahun..
2 tahun kat matrik pahang..
4 tahun setengah kat batu pahat johor..
6 tahun takde saudara terdekat, aku rase cam seksa sangat..
cukup lah 6 tahun aku dok jauh-jauh ngan family..
that's why aku gamble jugak mintak penang..
walaupon aku tau taraf hidup kat penang tinggi yang amat..
tapi menurut kata member aku, kalo compare penang ngan KL..
living cost kat KL lagi la tinggi mencanak..
so, tak kesah lah..
sebab walaupon gaji aku tak lah banyak mane..
selagi aku boleh manage sampai akhir bulan.. kira okay la tu kan..

2nd reason kenape aku pilih penang..
sebabnye aku memang dari dulu jenis yang suke suasana bandar yang bising, ade lampu2.. rase cam "hidup"..
rase cam ade kehidupan lah..
pastu bile rase tertekan.. i can choose to balik kampung..
bila orang tanye kampung kat mane?
aku boleh jawab aku ade kampung...
hahaha...
tak macam certain-certain orang tu yang ade kampung pon kampung kat bandar besar cam Kampung Baru kat Kolumpo tu ker?
eh? tak de kaitan.. hahaha..

3rd reason kenape aku pilih penang..
sebab penang negeri kecik dan potensi untuk aku duduk di luar bandar adelah tipis.
bukannya aku tak leh duduk di luar bandar..
please jangan nak guna point ni untuk aim aku..
aku tak kata luar bandar tu tak bagus..
tak okey..
tapi scenerynya berbeza okeh..

reason ke empat adelah sebab...
banyak tempat shopping!!!!
enuff said.. hahaha


setakat tu je la dulu yang dapat aku pikir kenape aku pilih penang..
andaian-andaian yang kate aku nak pilih pakwe penang jadi husband tu tak benar sama sekali ye..
jangan dok memandai2..
hahaha..
k lah u oollls...
selamat berpuasa dan beribadah semua..
;)

p/s: umah aku kat masjid negeri.. kasi hint.. kot-kot lah nak datang beraya kan.. =)

Wednesday, July 13, 2011

ingat senang ke nak control2 perasaan marah?

mesti korang hengat "wah, baru 3minggu keje dah pandai nak marah2 kan?"
eh? haruslah.. ingat 24/7 seronok memanjang ke kat sekolah itu?
nak-nak pulak form 6 yang dah elok kite pikir dia boleh behave tapi tak bpe nak behave sangat..
pastu boleh pulak pada hari dan ketika diaorang tak behave tu, kite yang cikgu ni memang dah sakit kepala dari pagi, dengan tak cukup tidurnya, dengan kene study subjek yang nak kene ajar lagi..
depa boleh buat bising macam aku takde kat depan..
memang nak kene lah..
aku dah spot dah ade 3-4 orang amoi yang tiap kali aku masuk mulut asek dok pot pet pot pet..
memang la normal diorang bercakap..
tapi kalo bercakap, keje jalan takpe..
ni keje habuk dok asek bertangguh jek..
orang laen hantar tugasan, dia lak pandai dok ngelat..
aku nak tengok sket nanti exam leh score ke tak leh..



p/s: meroyan sekali skale je weh... jangan dok asyik nak marah2 jek.. sakit jiwa lak kang takde orang masuk meminang pulak nanti... =P

Monday, July 4, 2011

satu sekolah kecoh sebab cikgu hooooot???

hello u olllls...
ape macam hari-hari korang semua?
ade okay ke?
ade tak okay ke?
ade ke tak de ke, yang penting kongsi-kongsi la sket..
tak nak follow takpe..
letak je link kat chatbox tu...
mane la tau aku TER-rajen nak click ke ape ke..
eceh..

but it doesn't matter for me now..
i mean now is refer to now lah..
when i'm writing(read typing) this entry..
sat-sat lagi aku pi lah bace blog2 korang..
laaa ni.. angpa meh la bace update dari aku ni..
hee...

anyway, anyhow.. this week dah masuk minggu kedua aku kat sini..
minggu lepas hari sabtu cam biasa la kan..
serentak kat seluruh malaysia, KPM anjurkan satu murid, satu sukan , satu malaysia kan..
overall penyertaan agak memberangsangkan..
walaupun tak semua attendance dipenuhi..
yang kebanyakan datang memberi kerjasama yang baik..
yang tak datang tu, lantak hangpa lah..
hangpa tak datang, kosong je lah attendance hangpa..
hangpa yang dapat surat amaran.. bukan cikgu..
so, sila faham-faham sendiri..
dan aku ditugaskan jaga checkpoint bersama-sama housemate aku dan adelah dalam 4 orang cikgu yang lain..
seronok weh jaga ngan diorang..
cikgu-cikgu muda.. sempoiii je la kan semua..
bab gosip-menggosip, kene-mengena, bahan-membahan satu sama laen tu dah jadi resmi kami kat sini..
so far aku layankan je..

bergambar lagi la kami suke.. hahaha

penat ke? jaga checkpoint tak penat...
meeting lepas lari-lari tu penat...
hahahaha..
tahan jek mata aku..
balik umah terus terbongkang tido..
housemate ajak gi tengok TRANSFORMER 3 pon aku dok taram tido..
memang ratu tidur betol... =)
itu pasal hari lari-lari 2 Julai 2011..

pasal sekolah dan mengajar???? hurm..
nanti aku update laen k..
hari ni baru hari isnin...
lek ar..
;)

p/s: yang penting... hari KHAMIS sekolah cuti..... weeeehuuuuu~