Sunday, April 17, 2011

choices

every choices that we have are lead us to the better options.
so students, please and please and please think deeply whenever you have the lots of choices and put your deeply thought when you choose one of them.

menjadi remaja adalah sekali.
jangan dilekakan dengan perkara yang tidak membawa faedah kepada anda.
jangan belajar memberi alasan.
tiada alasan untuk tidak berjaya.
setiap usaha yang dilakukan hari ini adalah penentu kejayaan pada hari esok.
jangan putus asa jika gagal sekali tapi jangan cuba-cuba untuk gagal tanpa mencubanya sepenuh hati.

saya yakin awak boleh.
awak pasti boleh jika awak inginkan kejayaan itu.
strive for the successiveness..

Saturday, April 16, 2011

4 days to go!

berbelah bahagi betol nak sambung buat tuition di malam hari atau tidak lepas dh habis ganti ni..
tak buat, rase cam kesian..
kalo buat, bukan semua pon nak belajar.. eceh.. pandai2 jek..

tapi itulah.. aku takot, aku ni hah yang hangat2 tahi ayam..
mula2 semangat lah nak buat.. pastu, nan adooooo..
asyik menyekip kelas jek jadinya..

nak buat ke tak nak buat..

Sunday, April 10, 2011

8 days to go!

sumpah! tak sabar nak berenti keje jadi cikgu ganti..
actually bukan berenti tapi sebab dah habis tempoh dah untuk ganti orang..
2minggu kebelakangan ni, sangat tak bersemangat untuk ke tempat keje kerana rase cam boring to death kat sekolah.
asal gi sekolah jek rase cam "aku bukan diriku" gitu..
sobsobsosb...

dah! nak kumpul kerajinan balik ni untuk ke tempat keje baru..
mesti blog ni segan tapi mau jek lepas aku habis ganti..
neway, experience mengajar kali ni sangat sucks!
xbest langsung berbanding pengalaman mase praktikal..
mase praktikal best!!!!
syiok!
sayang korang semua!!!!
ini merujuk kepada students dan para cikgu cikgi yang banyak membantu.
tak banyak sikit pon jadik.. ;)

Friday, April 8, 2011

kebolehan mendengar kurang dikalangan masyarakat kita

to be exact the Malay one.
oke.fine. mostly lah sebab memang Melayu lebih ramai dari kaum-kaum lain kan?
so, kalo anda seorang pendengar setia dan jarang-jarang sekali melontarkan idea ketika ditanya, mungkin anda agak tidak tergolong dalam apa yang saya nak utarakan ini.

kebolehan mendengar petua orang tua dalam mendidik.
ini merujuk kepada situasi saya di sekolah dan beberapa kes melibatkan guru sejak kebelakangan ini.
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
tapi jangan sampai MEMBUNUH!
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
biar kene pada TEMPATnya!
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
sesuaikan dengan KEADAANnya!
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
selagi masih berada di pihak benar, tangan-tangankan lah untuk membetulkan apa yang salah.

tapi sayang.
orang kita dah jarang dengar kata-kata orang tua.
semua nak ikut telunjuk idea dan persepsi barat yang konon-kononnya lebih mengguna psikologi dalam semua hal..
hell-hello.. saya tak cakap psikologi itu tak penting.
tapi ingat! macam mana kite dibesarkan.
sape kata saya dibesarkan tanpa dirotan?
sape kata saya dibesarkan tanpa ditampar?
sape kata saya dibesarkan tanpa dikunci kene tido kat luar rumah?
sape kata?
betol pada masa dan ketika dikenakan denda oleh mak ayah sendiri, perit terasa.
rase macam nak lari dari umah pon ade.
tapi ingat tuan-tuan dan puan-puan.
di sini, tugas anda sebagai ibu mahupun bapa.
jika yang merotan itu bapa, tugas ibu untuk memujuknya.
diterangkan kenapa rotan itu penting.
diterangkan kenapa sakit itu perlu untuk menyedarkan kamu.

hey orang muda, jangan takut sakit. kerana sakit itu menyedarkan kamu realiti kehidupan.
hey orang muda, jangan takut sakit. kerana sakit itu adalah untuk mengingatkan kamu ketika kamu leka.
hey orang muda, belajar-belajarlah untuk mendengar. usah diikutkan sangat dengan nafsu darah muda kamu itu. isi-isikanlah dengan ilmu. sedikit pon takpe. sikit2 lama2 jadi bukit.

p/s: sapa yang tak sayangkan anak. sebab sayang lah kena tangan-tangankan. INGAT! buat biar berpada, biar kena pada tempatnya, biar jelas keadaannya dan explanation selepas itu juga penting. jangan dibiarkan anak dirotan tanpa tidak diketahui sebabnya.