Friday, April 8, 2011

kebolehan mendengar kurang dikalangan masyarakat kita

to be exact the Malay one.
oke.fine. mostly lah sebab memang Melayu lebih ramai dari kaum-kaum lain kan?
so, kalo anda seorang pendengar setia dan jarang-jarang sekali melontarkan idea ketika ditanya, mungkin anda agak tidak tergolong dalam apa yang saya nak utarakan ini.

kebolehan mendengar petua orang tua dalam mendidik.
ini merujuk kepada situasi saya di sekolah dan beberapa kes melibatkan guru sejak kebelakangan ini.
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
tapi jangan sampai MEMBUNUH!
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
biar kene pada TEMPATnya!
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
sesuaikan dengan KEADAANnya!
kata orang tua, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan.
selagi masih berada di pihak benar, tangan-tangankan lah untuk membetulkan apa yang salah.

tapi sayang.
orang kita dah jarang dengar kata-kata orang tua.
semua nak ikut telunjuk idea dan persepsi barat yang konon-kononnya lebih mengguna psikologi dalam semua hal..
hell-hello.. saya tak cakap psikologi itu tak penting.
tapi ingat! macam mana kite dibesarkan.
sape kata saya dibesarkan tanpa dirotan?
sape kata saya dibesarkan tanpa ditampar?
sape kata saya dibesarkan tanpa dikunci kene tido kat luar rumah?
sape kata?
betol pada masa dan ketika dikenakan denda oleh mak ayah sendiri, perit terasa.
rase macam nak lari dari umah pon ade.
tapi ingat tuan-tuan dan puan-puan.
di sini, tugas anda sebagai ibu mahupun bapa.
jika yang merotan itu bapa, tugas ibu untuk memujuknya.
diterangkan kenapa rotan itu penting.
diterangkan kenapa sakit itu perlu untuk menyedarkan kamu.

hey orang muda, jangan takut sakit. kerana sakit itu menyedarkan kamu realiti kehidupan.
hey orang muda, jangan takut sakit. kerana sakit itu adalah untuk mengingatkan kamu ketika kamu leka.
hey orang muda, belajar-belajarlah untuk mendengar. usah diikutkan sangat dengan nafsu darah muda kamu itu. isi-isikanlah dengan ilmu. sedikit pon takpe. sikit2 lama2 jadi bukit.

p/s: sapa yang tak sayangkan anak. sebab sayang lah kena tangan-tangankan. INGAT! buat biar berpada, biar kena pada tempatnya, biar jelas keadaannya dan explanation selepas itu juga penting. jangan dibiarkan anak dirotan tanpa tidak diketahui sebabnya.

No comments: