Friday, January 20, 2012

hormat pelajar supaya mereka tau hormat guru..

setiap kali pertama aku masuk ke kelas baru di tahun baru, 
aku ambik inisiatif untuk memperkenalkan siapa aku.. 
di mana aku belajar, berapa keputusan aku dapat, 
telling them who am i so that, there no doubts that they create behind my back..

the next aspect i told my students adalah nilai hormat antara satu sama lain..
di mana ayat cliche yang biasa aku gunakan ialah ...
"saya hormat awak sebagai seorang pelajar, tolong hormat saya sebagai seorang guru"
"kalo awak layan saya macam seorang patung, saya akan layan awak macam invisible person"

mudah, ringkas, diulang2 banyak kali supaya pelajar tau di kala mana mereka boleh bergurau,
ketika mane mereka boleh bertanya, ketika mana mereka boleh bertukar2 idea..
aku mengajar pelajar lelaki, cara percakapan, cara pengajaran pon kadang2 kasar.. kadang2 lembut..
ikut situasi..

pendek kata, hormatlah pelajar supaya mereka tau cara untuk hormat guru..
masuk ke kelas dan marah2, it was useless for me..
sebab objektif pengajaran tak kan tercapai..
i used to be student. i used to be naughty student. i used to be the best among the best student.
i wanna make my students be more better than myself.
the ideology must be transferred if it is positive and good for new generations..

p/s: senyumlah walaupon marah.. students yang nakal pon boleh dengar cakap kalo cikgu bertegas pada tempatnya.. =)

Wednesday, January 18, 2012

ni bukan mengeluh. ni soalan khas okeh.

hai hallu, hello, morning, afternoon, evening, dan seangkatan dengannya..

ni saya nak tanya..
saya ade masalah problem neh.
kusut haih saya dok pikiaq-pikiaq.. dok jenuh pikiaq, saya pikir pulak..
pon sama.. saya tak jumpa2 lagi solution untuk masalah ni.
almaklumlah. saya ni nak kata terer tak terer mane jgk.
nak kate tak terer, terer la jugak sikit2..
walau ape2 pon, saya nak tanye readers kot2 lah ade solution pasal masalah saya..

masalah: cara nak mengajar SEJARAH TING. 4
jenis sekolah: lelaki sahaja. (melayu, cina, india)
jenis aliran: akaun
background PMR: rata2 mendapat C/D dalam sejarah..

disebabkan saya option Pendidikan Teknik Vokasional,  saya agak kurang berkebolehan untuk mengajar subjek membaca.. oleh itu saya menggunakan pendekatan buat latihan secara tegar(banyak).
dalam seminggu, saya diperuntukkan 120min seminggu (40min setiap hari).. 
dalam masa 80min yang pertama, saya akan menggembleng segenap usaha untuk menerangkan subtopik2 yang berkaitan..
manakala 40min yang kedua, saya lebih cenderung untuk memberi peluang untuk pelajar menunjukkan skill2 pembacaan mereka.. ala dipendekkan cerita, saya bagi latih tubi la..

malangnya, saya melihat daripada 31 orang pelajar dalam kelas saya..
1orang sanggup tak datang sekolah...
1orang sanggup telefon kakak cakap sakit perot dan pulang sebelum masa Sejarah..
15-18 orang boleh menjawab tapi belum tentu betul jawapannye.. at least they were trying..
balance pelajar yang lain cenderung untuk memberi alasan "saya tak faham cikgu", "saya tak tau buat la cikgu", "susahlah cikgu".. 
sedangkan mereka dibekalkan nota ringkas oleh saya..
saya cuma melarang mereka merujuk buku teks.. 

jadi oleh yang demikian, saya mau bertanya..
kalo ade ape2 suggestion untuk menceriakan pelajar semasa sesi P&P Sejarah dijalankan instead of saya bercerita dan memberi latihan, ade tak cara lain yang boleh dilakukan dalam masa 40min itu?

=) sharing is caring amat digalakkan.. 

Friday, December 30, 2011

merungut? ape tu?

instead of merungut tak tentu pasal, belajar cari solutions boleh tak?
letih. semua orang keje mesti rasa letih.
orang yang tak keje je tak bape nak rase letih.
so, kalo dah keje, buat keje lah.
tanamkan sikap bertanggungjawab tu betol2..
pastu semaikan dengan baja kerajinan.
cakap memang mudah.
cuba la buat.
tak cuba tak tau kan?
cuba dulu.
jangan dok mengeluh tak tentu pasal eh.
buat dulu, cuba dulu. ape2 hal keputusannya kemudian kira.
hidup ni senang je kalo korang buat senang..
alahai.. pleaselah..
aku yang ntah ape2 ni boleh, korang yang hebat pasti lebih berkebolehan dari aku..
semoga dipermudahkan segala oleh-Nya.. amin..

Tuesday, December 13, 2011

mase sekolah, aku cikgu.. mase cuti sekolah, aku pelajar.


aku memang dah kurang masa nak update blog..
masa aku diperuntukkan untuk perkara-perkara di dunia realiti yang lebih dari segala-galanya..
kalo aku rase aku nak menyumpah seranah pon..
aku dah ade platform lain..
blog, sebab aku sayangkan ko lah aku tak off/privatekan ko..
please taking care of my feeling too okeh..
i love you..
bubye.. blOop-blOop...