i walk-walk eat air kat blogsphere.
and found this article wrote by Izzat Aziz, pretty awesome and made me realize if we do not start first, who else will do the same things right?
"Aku pernah menganggap dunia ni sudah tiada masa depan untuk berubah. Bagi aku setiap orang atas dunia, hidup untuk diri sendiri, orang politik inginkan kuasa untuk kesenangan anak bini, cikgu menjadi guru untuk gaji semata-mata, artis menghasilkan musik bukan lagi untuk seni ataupun menyampai mesej tapi sekadar menjerit untuk duit, sikap toleransi antara kaum semua itu adalah untuk kepentingan diri sahaja tetapi bertopengkan sifat keterbukaan, aku sudah tiada perasaan terhadap dunia, tiada apa yang baik dalam dunia akhirnya aku berhenti mengambil kisah.
Berita pembunuhan, rogol, buang anak bersepah di dalam surat khabar bagaikan ia suatu cerita wajib setiap hari, lalu aku berhenti membaca surat khabar. Palestin dari dulu sampai sekarang tidak juga terbebas, aku dengar banyak bantuan dirampas oleh Israel, aku berhenti menderma. Politik Malaysia bagaikan tiada punca, tiada yang baik, semuanya pentingkan diri sendiri, aku berhenti berfikir siapa perlu diundi, aku tak kan mengundi. Aku dah mencapai tahap di mana “biarlah apa pun berlaku, asalkan aku tak terlibat aku tak kisah”
Kemudian aku ada terdengar satu kisah…
Aku (aku dalam ini sekadar untuk penceritaan) pernah terjumpa seorang mak cik tua sedang membawa plastik yang agak berat.. aku lihat dari jauh dan sekadar berkata “mak cik ni tak de anak ke?” aku tambah lagi “dalam ramai-ramai orang ni tak de orang nak tolong ke?” last sekali aku kata “dasar orang bandar, tak kisah sikit, anak pun tak tolong mak sendiri” lalu aku berlalu dan pergi dari situ.. kemudian tidak tahulah dari mana datangnya satu bisikan“habis, apa yang kau buat” aku berhenti.. dan melihat kembali ke arah mak cik tu.. “betul juga, aku duk kata tapi aku tak buat apa pun” lalu aku berlari ke arah mak cik tu, dan menolong dia melintasi jejantas naik dan turun tangga. “Terima kasih” kata mak cik tu, aku sekadar tersenyum.
Kemudian aku kembali ke tujuan asal aku, aku berjalan dan menuju ke arah perhentian bas. Aku menunggu bas, keadaan agak sesak semua tempat duduk perhentian bas penuh diisi, datang seorang perempuan mengandung, dan bangunlah seorang lelaki memberikanya tempat duduk, aku sekadar melihat tanpa sebarang reaksi, kemudian bas sampai, keadaan sesak, sangat sesak, aku berlalu pergi ke bas, begitu juga perempuan tadi, aku naiki bas, perempuan itu tadi berdiri dan seorang mak cik bangun dan memberi tempat duduk, perempuan tadi segan untuk duduk tetapi akhirnya duduk juga, kemudian bangun seorang lelaki memberikan tempat duduk kepada mak cik tadi, aku melihat dan terfikir “kenapa tiba-tiba semua orang baik ni”.
Kuasa perubahan, mulakan dengan diri sendiri
Kisah diatas mungkin betul dan mungkin rekaan, aku menceritakan kembali apa yang aku dengar, dan aku percaya semua yang berlaku bukanlah “tiba-tiba semua orang jadi baik” tetapi semua itu adalah satu kuasa yang aku percaya ada, tetapi kita manusia tidak dapat melihat, apatah lagi menyentuhnya. Ia adalah kuasa yang boleh mengubah pandangan kita mengenai dunia, itu adalah teori yang aku terfikir bila mendengar kisah di atas.
Tetapi semua itu bukan sekadar teori lagi, kerana aku mula cuba membawa diri aku kearah kebaikan, aku berhenti mengkritik, aku berhenti mengata orang jika aku sendiri tidak buat, aku mulakan dengan diri aku dahulu dab akhirnya aku sedar jika aku tidak melakukan kebaikan aku tidak akan percaya dengan kebaikan, lalu aku akan tidak percaya wujudnya kebaikan, tetapi kalau aku cuba hidup kearah kebaikan, aku cuba hidup dengan membantu, tidak berfikiran buruk, aku akan mula dapat melihat kebaikan, aku mula dapat menyanjung beberapa manusia yang bersifat baik walaupun sebelum ini aku tidak sedar wujudnya mereka.
Perubahan perlu berlaku keatas diri kita dahulu, kurangkan mencari, lebihkan menjadi, bila kita mula hidup kearah kebaikan, bila kita hidup dengan membantu, bertimbang rasa, kita akan mula sedar orang lain juga ada yang baik, orang lain juga ada yang bertimbang rasa, ia bukannya hanya ada bila kita menjadi baik, tetapi kita hanya menyedarinya bila kita sendiri yang berubah, sebelum ini kita mata kita ditutup oleh sifat semula jadi manusia iaitu“orang lain pun sama je”. Bila aku mula tidak memikirkan tentang keburukan yang berlaku atas dunia dan sebaliknya aku sendiri berubah melakukan kebaikan, aku mula dapat melihat kebaikan-kebaikan lain, percayalah ia sesuatu perasaan yang cukup hebat, itulah kuasa perubahanan, bila kita mulakan dengan diri kita, kita akan mula sedar dunia ini penuh dengan kebaikan."
No comments:
Post a Comment